PEMBELIAN (BOOKING) SAUDI RIYAL CASH/TRANSFER - KURSUS UMRAH

KEGUNAAN RIYAL SELAIN PERBELANJAAN PERIBADI :
Konsep sedekah bukan tertakluk pada pemberian wang ringgit semata, ianya lebih luas dari itu. Contoh-contoh sedekah seperti dibawah:
- SEDEKAH MAKANAN (SABIL) : Sedekah Sabil iaitu sedekah makanan pada fakir miskin di Mekah. Proses Sabil ini akan dilakukan sepanjang jemaah berada di Mekah. Hanya beri Riyal pada Mutawwif. Proses ini akan dilakukan sepenuhnya oleh Mutawwif.
- WAKAF QURAN / WAKAF KERUSI RODA : Jemaah juga boleh mewakafkan 2 perkara iaitu Quran & Kerusi Roda untuk kegunaan jemaah-jemaah yang lain yang lebih memerlukan.
- SCOOTER / BUGGY CAR UNTUK TAWAF & SAIE : Rukhsah dalam ibadah, iaitu dengan penggunaan Scooter/Buggy Car untuk Tawaf & Saie. Bayaran boleh diberi pada Mutawwif, dan Mutawwif akan menyelesaikan bayaran tersebut di kaunter.
- SIMKAD TELEFON / INTERNET : Sepanjang 12 hari di Mekah & Madinah, penggunaan internet amat diperlukan kerana semua interaksi adalah melaui group Whatsapp, jadi jemaah perlu tahu semua info-info yang diberikan oleh Mutawwif supaya tidak ketinggalan.
- DOBI : Penggunaan dobi juga adalah salah satu proses yang selalu jemaah terlepas pandang. Servis dobi ada disediakan oleh pihak hotel jika baju-baju atau kain ihram yang tebal terkena kotoran dan perlu dibasuh secara telus.
- BELLBOY : Bellboy selalunya di hotel Madinah. Beg-beg jemaah terlalu banyak untuk dipindahkan ke dalam bas-bas yang disediakan jadi sedekah / tips harus diberikan atas pertolongan pekerja-pekerja hotel yang sudah membantu menguruskan dan memudahkan kita.
TERMA & SYARAT :
- NOTA I : Pembayaran mesti dibuat serta merta (booking berserta bayaran untuk dapatkan rate yg sama)
- NOTA II : Booking hendaklah 5 hari sebelum penerbangan anda
- NOTA III : Cadangan pertukaran untuk ibadah UMRAH : SR 2000 dan ke atas | HAJI: SR5000 dan ke atas
- NOTA IV : Not Saudi Riyal yang paling kecil adalah SAR100 sahaja.
GARIS PANDUAN BNM
Maklumat Tambahan yang wajib diberikan :
- Tukaran dari RM1 - RM9,999
5 info utama diperlukan iaitu :
Nama Penuh, No Kad Pengenalan, No Tel, Alamat, Pekerjaan - Tukaran dari RM10,000 ke atas
7 info utama diperlukan iaitu :
Nama Penuh, No Kad Pengenalan, No Tel, Alamat, Pekerjaan, Tempat Bekerja, Dokumen tambahan i.e Dokumen Perjalanan Umrah / Invoice / Resit Pembayaran
MAKLUMAT TAMBAHAN :
- Jumlah minima yang boleh ditukar adalah RM500.00
- Sila tekan di pautan berwarna kuning ini sebelum buat pembayaran --> TEKAN SINI RUJUK HARGA RIYAL
- Isikan semua info dengan tepat seperti nama, tarikh penerbangan, no kad pengenalan dan lain-lain info seperti yang tertera di dalam borang
- Saya mengesahkan bahawa semua maklumat yang telah saya masukkan di atas adalah benar dan saya akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya ada maklumat yang tidak benar.
SAR 1000 = RM 1200